rahsiadoa

Ilmu Pelindung Diri-

In Uncategorized on September 6, 2010 at 4:27 am

Ilmu ini saya belajar dari nenek saya (Bainah) 1985, tetapi saya masih ingat lagi dengan segar, bahawa ilmu ini merupakan ilmu pelindung nenek moyang kami. Doa ini sebenarnya tentang memohon keberkatan Rasul, cuma dalam bahasa siam;-

Bismillahirrahmanirrahim…
Nagp Nut Miru, Ngap Nut Tang Tong, Ya Rat Tu Tum Ngap Sapa Rengap Na Pi It, Tapaq Midu Ma Op Po Op.(Tutup Mulut, Bayangkan terlindung)

Pukulan Halilintar-

In Uncategorized on September 6, 2010 at 4:20 am

Ilmu ini diambil dari guru (Hj.Radin) 1998 juga dengan pesannya, jangan menggunakan kemarahan nanti membawa kesan yang buruk kepada orang yang kena pukulan ini.

Bismillahirrahmanirrahim…Manjalikum Haqquatan Haqquatihim Jalihum Minallah, Patakun Masiron Qoriibun Amin….Cepatku seperti Kilat Derasku seperti Angin, Derasku junjung daripada Allah, Bismillah aku serta Allah.

Ilmu Persucian –

In Uncategorized on September 6, 2010 at 4:05 am

Ilmu ini saya belajar melalui seorang guru (Hj. Raden) pada tahun 1998, sewaktu saya berada di kampung Punang, Lawas. Katanya ilmu ini dikenali Ilmu Luarbiasa…..

Bismillahirrahmanirrahim…Allahu setitik airku rahmat yang suci, sebaya jadi dengan hidupku, besiku bernama rahmat, airku bernama rahmat, yang tiada rosak tiada binasa tiada berubah sekali kali oleh sekalian makhluk, yang sidi yang sakti yang hidup tiada mati, hidupku di dalam tuhan yang asa, yang tiada binasa sekali kali…..